10/15/2012

Nilai dan Pengajaran
( Alkisah Rerakan )

  • ‘Man jadda wa jada’ ( Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti mendapat ). 
"Goaaaaaaaaaaaaaaaaallllll!", Azlan menjerit sekuat hati seolah-olah melepaskan geram. )

  • Usaha sahaja tidak cukup. Perlu ada kesungguhan dan keazaman tanpa rasa untuk berputus asa.
( Setelah hampir 90 minit berhempas-pulas, diperolehi jua hasilnya. Itulah kelebihan pasukan KDR, dijadikan pasukan pilihan di dalam perlawanan ini kerana mereka tidak mudah berputus asa dan menyerah kalah. Mereka telah pun memenangi 3 perlawanan berturut-turut sebelum ini. )

Firman Allah SWT :
“Tidak ada yang putus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.”
( Surah Al-Hijr : Ayat 56 )

Rasulullah SAW bersabda;
“Bersungguh-sungguhlah terhadap apa yang memanfaatkan kamu. Mohonlah bantuan Allah dan janganlah merasa lemah.” 
( HR. Muslim )

  • Setiap hasil usaha perlu diberi pujian kepada Allah SWT kerana Dia lah penentu segalanya.
( "Goaaaaaaaaaaaaaaaaallllll!", Azlan menjerit sekuat hati seolah-olah melepaskan geram. Dia bersujud, melahirkan rasa syukurnya kepada Allah SWT. )

Firman Allah SWT :
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)."
( Surah An - Nisa' : Ayat 79)

dan 

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". 
( Surah Ibrahim : Ayat 7)

  • Sabar menghadapi segala urusan.
( Namun, dia tetap menunggu sahaja Azlan di atas motosikal, mengelamun seketika berseorangan. )

Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
( HR. Bukhari )

  • Janganlah kita bersikap malas untuk beribadat kerana itu sikap munafik.
( "Malas pulak rasanya nak pergi surau.", Azlan berat tulang. Entah apa yang merubah fikirannya. )

Firman Allah SWT :
"Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas, dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci."
( Surah At - Taubah : Ayat 54 )

  • Mengambil berat sesama manusia.
( Selesai sahaja solat, Eqram terus bergerak ke belakang sedikit dari kedudukan tempat sembahyangnya dalam keadaan masih duduk. Kepalanya sekali lagi menoleh ke kanan dan ke kiri, matanya pula merayap mencari batang hidung Azlan. )

Maksudnya: “Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya” 
( HR. Muslim )

  • Menghormati orang yang lebih tua.
( Eqram menghulur tangan untuk berjabat, "Selamat berkenalan." Pak Idh menyambut salam perkenalan dari Eqram dengan senyuman. )

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda 
“Tiada seorang pemuda yang menghormati dan memuliakan seseorang yang tua usianya melainkan Allah akan menentukan baginya orang lain yang akan menghormati kelak apabila dia pula mencapai usia tua." 
(HR At-Tirmizi ).

  • Berkelakuan baik terhadap kedua ibubapa.
( "Ada tu dia di rumah. Dah berkali - kali Pak Idh ajak ke surau. Adakala dia datang. Itupun masa hari minggu. Tapi lebihnya kepada tak datang. Macam - macam alasan dia bagi. Haa.. Itu lah kebanyakan anak muda zaman sekarang. Bercakap cukup hebat, bila diajak ke surau cukup liat.", tegas Pak Idh tentang anaknya Azlan. )

Allah SWT berfirman : 
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” 
( Surah Al-Isra' : Ayat 23 - 24 )

  • Orang lelaki diseru untuk beribadat di masjid.
( "Ada tu dia di rumah. Dah berkali - kali Pak Idh ajak ke surau. Adakala dia datang. Itupun masa hari minggu. Tapi lebihnya kepada tak datang. Macam - macam alasan dia bagi. Haa.. Itu lah kebanyakan anak muda zaman sekarang. Bercakap cukup hebat, bila diajak ke surau cukup liat.", tegas Pak Idh tentang anaknya Azlan. )

Rasulullah SAW bersabda :
 "Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian." 
( HR. Abu Dawud )

Daripada Muaz bin Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq bagi mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah, tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah." 
( HR. Ahmad dan At - Tabarani. )

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." 
( HR. Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi. )

  • Jangan mensia - siakan masa.
( "Yang dia tahu, terpacak terpaku depan TV dari maghrib sampai ke lewat malam. Kadangkala keluar entah kemana. Elok Pak Idh kenalkan dia pada kamu.", Pak Idh menambah lagi. )

Rasulullah SAW bersabda : 
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." 
( HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi. )



No comments:

Post a Comment