Selesai sahaja solat, Eqram terus bergerak ke belakang sedikit dari kedudukan tempat sembahyangnya dalam keadaan masih duduk. Kepalanya sekali lagi menoleh ke kanan dan ke kiri, matanya pula merayap mencari batang hidung Azlan.
"Tak ada pun budak bertuah ni.", berkata Eqram di dalam hati sambil mulutnya membaca wirid.
Kembali mengalih pandangan ke hadapan, Eqram menundukkan kepala.
Angin bertiup kencang di luar. Hujan kira - kira semakin lebat. Tiada seorang pun yang bangun meninggalkan surau.
Selepas berdoa, Eqram bangun, berjalan menuju ke tepi sebelah kirinya. Sempat dicapai senaskah Al - Quran di rak buku berhampiran lalu duduk berdekatan dinding. Dia membuka Al- Quran dan membaca.
Para jamaah di dalam surau ada yang berzikir, membaca Al - Quran, dan ada juga yang bersembang seperti sesuatu yang penting sedang diperbincangkan. Si adik - adik kecil pula duduk di sisi bapa masing - masing. Berdiam diri, tidak bermain. Mungkin takut dimarahi lagi.
Tiba - tiba Eqram berasa dipegang bahu kanannya dari belakang.
"Boleh pak cik duduk situ?", lelaki berusia lingkungan 50-an itu menghala ibu jarinya di kiri Eqram.
"Pak cik nak bersandar pada dinding ni.. Lenguh pulak pinggang.", ujarnya.
"Boleh aje pak cik, silakan.", Eqram mempelawa dengan senyuman.
Dia berganjak ke kanan memberi ruang untuk pak cik itu duduk.
"Alhamdulillah! Lega rasanya. Terima kasih nak.", ucap pak cik itu.
"Sama - sama.', balas Eqram.
Pak cik itu mengurut - urut pinggangnya. Memakai kurta putih, kain pelikat biru pekat. Mukanya bersih dan tenang.
"Tinggal di mana nak?", soalnya kepada Eqram.
"Saya tinggal di Taman Chempaka.", Eqram memandang pak cik itu.
Dia terkejut kecil, "Aik? Jauh ke sini? Kenapa tak solat di Masjid Jalan Diary?"
Eqram menggaru - garu kepala.
"Haa, tu la. Saja ke sini nak jumpa kawan. Tapi dia pulak tak datang. Ada hal last minute agaknya.", Eqram senyum.
Pak cik itu mengangguk - angguk kepala.
"Apa nama kamu?", tanya dia kepada Eqram lagi.
"Eqram.", membalas ringkas.
"Pak cik?", gilirannya menyoal.
"Panggil Pak Idh aje.", santai jawapan pak cik itu.
Eqram menghulur tangan untuk berjabat, "Selamat berkenalan."
Pak Idh menyambut salam perkenalan dari Eqram dengan senyuman.
Lantas kedua - dua mereka ketawa kerana geli hati.
Jarang - jarang sekali untuk melihat orang muda melakukan perkara begitu kepada orang yang lebih tua.
Namun, terasyik pula Eqram berbual dengan Pak Idh sehinggakan terlupa tadinya dia sedang mengaji.
"Bagus orang muda macam kamu ni.. Pandai bergurau dengan orang tua.", jelas Pak Idh.
Eqram hanya tersengih.
"Berapa umur kamu Eqram?", Pak Idh mengerut dahi seperti sedang meneka.
"21?" dia mengagak.
"A'ah.", Eqram mengangguk.
Tepat agakkan Pak Idh, "Haa, sebaya anak Pak Idh yang nombor 3."
"Ada tu dia di rumah. Dah berkali - kali Pak Idh ajak ke surau. Adakala dia datang. Itupun masa hari minggu. Tapi lebihnya kepada tak datang. Macam - macam alasan dia bagi. Haa.. Itu lah kebanyakan anak muda zaman sekarang. Bercakap cukup hebat, bila diajak ke surau cukup liat.", tegas Pak Idh.
Eqram mendengar sahaja tanpa bersuara.
"Yang dia tahu, terpacak terpaku depan TV dari maghrib sampai ke lewat malam. Kadangkala keluar entah kemana. Elok Pak Idh kenalkan dia pada kamu.", Pak Idh menambah lagi.
"Anak Pak Idh tu lelaki ke perempuan?", Eqram mengusik Pak Idh.
Baru lah dia bersuara.
"Lelaki lah!", Pak Idh serius.
"Apa nama dia?" soal Eqram.
"Azlan.", jawab Pak Idh.
Giliran Eqram meneka, "Azlan Iskandar bin Ridhuan?!"
[ TAMMAT ]
( mhmdrshwn )
No comments:
Post a Comment