Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerna masih memanjangkan hayat kita sehingga ke hari ini.
Aku kagum?
Mengapa?
Sejak kebelakangan ini, sejak beberapa minggu ini, sejak aku berangkat dari Ipoh ke negeri orang untuk mencari dan mendalami erti kehidupan sebagai seorang yang meningkat dewasa, aku seringkali terbayangkan keadaan keluarga ku ketika di saat ku bersendiri. Apa khabar mereka? Baik kah? Bagaimana ibu ku? Bapa ku? Adik ku? Abang ku yang jarang ku temu? Semoga setiap daripada mereka dilindungi oleh Allah selalu.
Kerap kali di waktu bersendiri, kata-kata daripada mereka sebelum dan selepas aku meninggalkan rumah, selalu sahaja bermain-main di minda. Masing-masing dengan kata-kata sokongan dan nasihat masing-masing. Jazakumullahu Khairan.
Aku kagum?
Mengapa?
Di sini, aku baik-baik sahaja. Segala macam dikurnia. Begitu banyak nikmat yang tidak disangka-sangka. Sekali lagi, Alhamdulillah di atas bantuan-Mu dan pemberian-Mu. Aku tahu, ini berkat doa mereka-mereka yang selalu mendoakan ku. Di sini, aku ada teman-teman, aku ada keluarga angkat yang menyediakan ku tempat tinggal, yang menjaga makan minum ku, yang mengambil berat tentang ku, yang menjaga ku.
Walaupun begitu, tetap berbeza, tetap tidak sama dengan teman-teman ( keluarga ) ku di rumah, yang menyediakan ku tempat tinggal, yang menjaga makan minum ku, yang mengambil berat tentang ku, yang menjaga ku. Tiada ganti.
Sebenarnya,
Aku kagum.
Aku kagum dengan keluarga ku.
Kerna, aku banyak belajar daripada setiap mereka. Aku belajar dengan nasihat-nasihat mereka. Aku belajar dengan kelakuan-kelakuan mereka. Itu adalah antara sebab-sebab utama yang memberatkan hati ku untuk pergi. Tetapi, aku sedar. Aku merancang, Allah juga merancang. Dia adalah sebaik-baik perancang. Apa-apa yang aku belajar daripada keluarga ku, Insya Allah aku cuba praktikkan.
Ibu ku,
Antara perkara yang paling aku kagum tentang ibu ku ialah, dia adalah pembantu perancang dan pengurus wang yang terbaik dan teliti, suka menabung, sangat 'punctual', apa yang ibu ku masak tak pernahnya tak sedap.
Bapa ku,
Antara perkara yang paling aku kagum tentang bapa ku ialah, tidak pernah aku dengar atau terdengar dari mulutnya perkataan-perkataan seperti 'Aduh!, Haih!, Alamak!, Ish!, Hoi!, Woi!, Hei!, Wei!, dan sebagainya. Bapa ku adalah orang yang paling 'cool' ( penyabar ), susah sangat untuk mendengar dia meninggikan suara.
Abang ku,
Antara perkara yang paling aku kagum tentang abang ku ialah, dia tidak mementingkan diri, kuat bekerja, dia tidak pernah meletak dirinya dahulu sebelum keluarga terutama ibubapa ku. Jika dia inginkan sesuatu, ibubapa ku merasa dahulu. Itulah caranya.
Adik ku,
Antara perkara yang paling aku kagum tentang adik ku ialah, dia pandai mencari duit lebih, pandai bersembang, peneman ibu ku.
Serba sedikit tentang mereka, yang selalu menjadi inspirasi ku sepanjang masa.
Aku kagum.
Kagum dengan mereka.
[ mhmdrshwn ]
No comments:
Post a Comment