Oh, you're my brother.. You're my sister.. We're one big family..
10/28/2012
10/17/2012
AVOID IKHTILAT!
GIRL : Hari tu awak ada minta nombor fon saya. Tapi..
BOY : Tapi apa?
GIRL : Tapi kenapa setiap kali saya SMS, awak tak balas?
BOY : Saya tak suka menaip.
GIRL : Kalau macam tu, kenapa setiap kali saya CALL, awak tak jawab?
BOY : Saya tak pandai berkata - kata.
GIRL : Habis tu kenapa awak minta nombor fon saya?
BOY : Sebab mana lah tau jika ada hal yang MUSTAHAK sangat, TERPAKSA pula berurusan dengan awak. Suatu perkara yang terlalu PENTING tapi tiada kawan - kawan ( LELAKI ) yang lain boleh membantu saya selain awak ( TIADA PILIHAN). Mungkin juga jika ada sebarang kecemasan melibatkan perempuan, boleh saya minta tolong awak.
GIRL : Emm, okay lah macam tu.
LET'S AVOID IKHTILAT!
10/15/2012
Nilai dan Pengajaran
( Alkisah Rerakan )
- ‘Man jadda wa jada’ ( Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti mendapat ).
( "Goaaaaaaaaaaaaaaaaallllll!", Azlan menjerit sekuat hati seolah-olah melepaskan geram. )
- Usaha sahaja tidak cukup. Perlu ada kesungguhan dan keazaman tanpa rasa untuk berputus asa.
( Setelah hampir 90 minit berhempas-pulas, diperolehi jua hasilnya. Itulah kelebihan pasukan KDR, dijadikan pasukan pilihan di dalam perlawanan ini kerana mereka tidak mudah berputus asa dan menyerah kalah. Mereka telah pun memenangi 3 perlawanan berturut-turut sebelum ini. )
Firman Allah SWT :
“Tidak ada yang putus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.”
( Surah Al-Hijr : Ayat 56 )
Rasulullah SAW bersabda;
“Bersungguh-sungguhlah terhadap apa yang memanfaatkan kamu. Mohonlah bantuan Allah dan janganlah merasa lemah.” ( HR. Muslim )
- Setiap hasil usaha perlu diberi pujian kepada Allah SWT kerana Dia lah penentu segalanya.
( "Goaaaaaaaaaaaaaaaaallllll!", Azlan menjerit sekuat hati seolah-olah melepaskan geram. Dia bersujud, melahirkan rasa syukurnya kepada Allah SWT. )
Firman Allah SWT :
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)."
( Surah An - Nisa' : Ayat 79)
dan
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
( Surah Ibrahim : Ayat 7)
- Sabar menghadapi segala urusan.
( Namun, dia tetap menunggu sahaja Azlan di atas motosikal, mengelamun seketika berseorangan. )
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
( HR. Bukhari )
( HR. Bukhari )
- Janganlah kita bersikap malas untuk beribadat kerana itu sikap munafik.
( "Malas pulak rasanya nak pergi surau.", Azlan berat tulang. Entah apa yang merubah fikirannya. )
Firman Allah SWT :
"Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas, dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci."
( Surah At - Taubah : Ayat 54 )
- Mengambil berat sesama manusia.
( Selesai sahaja solat, Eqram terus bergerak ke belakang sedikit dari kedudukan tempat sembahyangnya dalam keadaan masih duduk. Kepalanya sekali lagi menoleh ke kanan dan ke kiri, matanya pula merayap mencari batang hidung Azlan. )
Maksudnya: “Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya”
( HR. Muslim )
( HR. Muslim )
- Menghormati orang yang lebih tua.
( Eqram menghulur tangan untuk berjabat, "Selamat berkenalan." Pak Idh menyambut salam perkenalan dari Eqram dengan senyuman. )
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :
“Tiada seorang pemuda yang menghormati dan memuliakan seseorang yang tua usianya melainkan Allah akan menentukan baginya orang lain yang akan menghormati kelak apabila dia pula mencapai usia tua."
(HR At-Tirmizi ).
(HR At-Tirmizi ).
- Berkelakuan baik terhadap kedua ibubapa.
( "Ada tu dia di rumah. Dah berkali - kali Pak Idh ajak ke surau. Adakala dia datang. Itupun masa hari minggu. Tapi lebihnya kepada tak datang. Macam - macam alasan dia bagi. Haa.. Itu lah kebanyakan anak muda zaman sekarang. Bercakap cukup hebat, bila diajak ke surau cukup liat.", tegas Pak Idh tentang anaknya Azlan. )
Allah SWT berfirman :
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.”
( Surah Al-Isra' : Ayat 23 - 24 )
- Orang lelaki diseru untuk beribadat di masjid.
( "Ada tu dia di rumah. Dah berkali - kali Pak Idh ajak ke surau. Adakala dia datang. Itupun masa hari minggu. Tapi lebihnya kepada tak datang. Macam - macam alasan dia bagi. Haa.. Itu lah kebanyakan anak muda zaman sekarang. Bercakap cukup hebat, bila diajak ke surau cukup liat.", tegas Pak Idh tentang anaknya Azlan. )
Rasulullah SAW bersabda :
"Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian."
( HR. Abu Dawud )
( HR. Abu Dawud )
Daripada Muaz bin Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq bagi mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah, tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah."
( HR. Ahmad dan At - Tabarani. )
( HR. Ahmad dan At - Tabarani. )
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka."
( HR. Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi. )
( HR. Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi. )
- Jangan mensia - siakan masa.
( "Yang dia tahu, terpacak terpaku depan TV dari maghrib sampai ke lewat malam. Kadangkala keluar entah kemana. Elok Pak Idh kenalkan dia pada kamu.", Pak Idh menambah lagi. )
Rasulullah SAW bersabda :
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati."
( HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi. )
( HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi. )
10/12/2012
Alkisah Rerakan
( Bahagian Akhir )
"Assalamu'alaikum warahmatullah..hiwabarakatuh, Assalamu'alaikum warahmatullah.", imam memberi salam.
Selesai sahaja solat, Eqram terus bergerak ke belakang sedikit dari kedudukan tempat sembahyangnya dalam keadaan masih duduk. Kepalanya sekali lagi menoleh ke kanan dan ke kiri, matanya pula merayap mencari batang hidung Azlan.
"Tak ada pun budak bertuah ni.", berkata Eqram di dalam hati sambil mulutnya membaca wirid.
Kembali mengalih pandangan ke hadapan, Eqram menundukkan kepala.
Angin bertiup kencang di luar. Hujan kira - kira semakin lebat. Tiada seorang pun yang bangun meninggalkan surau.
Selepas berdoa, Eqram bangun, berjalan menuju ke tepi sebelah kirinya. Sempat dicapai senaskah Al - Quran di rak buku berhampiran lalu duduk berdekatan dinding. Dia membuka Al- Quran dan membaca.
Para jamaah di dalam surau ada yang berzikir, membaca Al - Quran, dan ada juga yang bersembang seperti sesuatu yang penting sedang diperbincangkan. Si adik - adik kecil pula duduk di sisi bapa masing - masing. Berdiam diri, tidak bermain. Mungkin takut dimarahi lagi.
Tiba - tiba Eqram berasa dipegang bahu kanannya dari belakang.
"Boleh pak cik duduk situ?", lelaki berusia lingkungan 50-an itu menghala ibu jarinya di kiri Eqram.
"Pak cik nak bersandar pada dinding ni.. Lenguh pulak pinggang.", ujarnya.
"Boleh aje pak cik, silakan.", Eqram mempelawa dengan senyuman.
Dia berganjak ke kanan memberi ruang untuk pak cik itu duduk.
"Alhamdulillah! Lega rasanya. Terima kasih nak.", ucap pak cik itu.
"Sama - sama.', balas Eqram.
Pak cik itu mengurut - urut pinggangnya. Memakai kurta putih, kain pelikat biru pekat. Mukanya bersih dan tenang.
"Tinggal di mana nak?", soalnya kepada Eqram.
"Saya tinggal di Taman Chempaka.", Eqram memandang pak cik itu.
Dia terkejut kecil, "Aik? Jauh ke sini? Kenapa tak solat di Masjid Jalan Diary?"
Eqram menggaru - garu kepala.
"Haa, tu la. Saja ke sini nak jumpa kawan. Tapi dia pulak tak datang. Ada hal last minute agaknya.", Eqram senyum.
Pak cik itu mengangguk - angguk kepala.
"Apa nama kamu?", tanya dia kepada Eqram lagi.
"Eqram.", membalas ringkas.
"Pak cik?", gilirannya menyoal.
"Panggil Pak Idh aje.", santai jawapan pak cik itu.
Eqram menghulur tangan untuk berjabat, "Selamat berkenalan."
Pak Idh menyambut salam perkenalan dari Eqram dengan senyuman.
Lantas kedua - dua mereka ketawa kerana geli hati.
Jarang - jarang sekali untuk melihat orang muda melakukan perkara begitu kepada orang yang lebih tua.
Namun, terasyik pula Eqram berbual dengan Pak Idh sehinggakan terlupa tadinya dia sedang mengaji.
"Bagus orang muda macam kamu ni.. Pandai bergurau dengan orang tua.", jelas Pak Idh.
Eqram hanya tersengih.
"Berapa umur kamu Eqram?", Pak Idh mengerut dahi seperti sedang meneka.
"21?" dia mengagak.
"A'ah.", Eqram mengangguk.
Tepat agakkan Pak Idh, "Haa, sebaya anak Pak Idh yang nombor 3."
"Ada tu dia di rumah. Dah berkali - kali Pak Idh ajak ke surau. Adakala dia datang. Itupun masa hari minggu. Tapi lebihnya kepada tak datang. Macam - macam alasan dia bagi. Haa.. Itu lah kebanyakan anak muda zaman sekarang. Bercakap cukup hebat, bila diajak ke surau cukup liat.", tegas Pak Idh.
Eqram mendengar sahaja tanpa bersuara.
"Yang dia tahu, terpacak terpaku depan TV dari maghrib sampai ke lewat malam. Kadangkala keluar entah kemana. Elok Pak Idh kenalkan dia pada kamu.", Pak Idh menambah lagi.
"Anak Pak Idh tu lelaki ke perempuan?", Eqram mengusik Pak Idh.
Baru lah dia bersuara.
"Lelaki lah!", Pak Idh serius.
"Apa nama dia?" soal Eqram.
"Azlan.", jawab Pak Idh.
Giliran Eqram meneka, "Azlan Iskandar bin Ridhuan?!"
[ TAMMAT ]
( mhmdrshwn )
10/10/2012
# Amir Amirah
Amir ( 20 tahun) adalah abang kepada Amirah ( 10 tahun ). Suatu malam di bilik Amir...
Amirah : Apa la muka abang monyok.. Macam nangka busuk!
Amir : Kau budak kecik apa tau? ( Jarinya memicit - micit keypad henfon ).
Amirah : Eleh! Gaduh dengan gefren la tu.. Macam orang tak tau je. Hari tu adik dengan mama pergi AEON nampak abang dengan gefren.. Terlupa nak bagitau mama.
Amir : Kau bagitau mama, aku sepak kau!
Amirah : Abang bagitau kenapa muka abang monyok dulu. Lepas tu adik tak bagitau mama.
Amir : Hmm.. Awek tu la. Tu kawan kolej abang. Dah macam - macam abang buat untuk dia. Tapi dia still tak nak couple dengan abang. Pelik betul..
Amirah : Apa abang dah buat umtuk dia?
Amir : Macam - macam la.. Abang dengar cakap dia. Abang buat apa yang dia suruh, abang tak buat benda yang dia tak bagi buat. Abang dah bagi berlambak - lambak hadiah dekat dia. Abang belanja dia..
Amirah : Ye ke? Abang cinta dia?
Amir : Yang aku buat tu, cinta la tu.. Tiap - tiap minit terpikir - pikir pasal dia.
Amirah : Abang rindu dia?
Amir : Tu rindu la tu!
Amirah : Oo.. Baru adik tau maksud cinta dengan rindu..
Amir : Yelah, lupa pulak aku.. Kau baru darjah 4.
Amirah : Hmm.. Tapi.. Cinta ALLAH, rindu ALLAH macam tu jugak ke bang?
Amir : Emm.. Emmmm.. ( Mengerut dahi )
Jadi, kesimpulannya.. Apakah usaha kita sebagai tanda untuk menunjukkan dan menyampaikan cinta dan rindu kita kepada ALLAH SWT pencipta kita? Bersama kita renung - renungkan.
"Jika rosak cinta sebenar yang Hakiki di dalam hati, maka rosak lah semua cinta dunia yang sementara."
"Jika rosak cinta sebenar yang Hakiki di dalam hati, maka rosak lah semua cinta dunia yang sementara."
Subscribe to:
Posts (Atom)