12/15/2012

# Aku Kagum

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerna masih memanjangkan hayat kita sehingga ke hari ini.

Aku kagum?
Mengapa?

Sejak kebelakangan ini, sejak beberapa minggu ini, sejak aku berangkat dari Ipoh ke negeri orang untuk mencari dan mendalami erti kehidupan sebagai seorang yang meningkat dewasa, aku seringkali terbayangkan keadaan keluarga ku ketika di saat ku bersendiri. Apa khabar mereka? Baik kah? Bagaimana ibu ku? Bapa ku? Adik ku? Abang ku yang jarang ku temu? Semoga setiap daripada mereka dilindungi oleh Allah selalu.

Kerap kali di waktu bersendiri, kata-kata daripada mereka sebelum dan selepas aku meninggalkan rumah, selalu sahaja bermain-main di minda. Masing-masing dengan kata-kata sokongan dan nasihat masing-masing. Jazakumullahu Khairan.

Aku kagum?
Mengapa?

Di sini, aku baik-baik sahaja. Segala macam dikurnia. Begitu banyak nikmat yang tidak disangka-sangka. Sekali lagi, Alhamdulillah di atas bantuan-Mu dan pemberian-Mu. Aku tahu, ini berkat doa mereka-mereka yang selalu mendoakan ku. Di sini, aku ada teman-teman, aku ada keluarga angkat yang menyediakan ku tempat tinggal, yang menjaga makan minum ku, yang mengambil berat tentang ku, yang menjaga ku.

Walaupun begitu, tetap berbeza, tetap tidak sama dengan teman-teman ( keluarga ) ku di rumah, yang menyediakan ku tempat tinggal, yang menjaga makan minum ku, yang mengambil berat tentang ku, yang menjaga ku. Tiada ganti.

Sebenarnya,
Aku kagum.
Aku kagum dengan keluarga ku.

Kerna, aku banyak belajar daripada setiap mereka. Aku belajar dengan nasihat-nasihat mereka. Aku belajar dengan kelakuan-kelakuan mereka. Itu adalah antara sebab-sebab utama yang memberatkan hati ku untuk pergi. Tetapi, aku sedar. Aku merancang, Allah juga merancang. Dia adalah sebaik-baik perancang. Apa-apa yang aku belajar daripada keluarga ku, Insya Allah aku cuba praktikkan.

Ibu ku,
Antara perkara yang paling aku kagum tentang ibu ku ialah, dia adalah pembantu perancang dan pengurus wang yang terbaik dan teliti, suka menabung, sangat 'punctual', apa yang ibu ku masak tak pernahnya tak sedap.

Bapa ku,
Antara perkara yang paling aku kagum tentang bapa ku ialah, tidak pernah aku dengar atau terdengar dari mulutnya perkataan-perkataan seperti 'Aduh!, Haih!, Alamak!, Ish!, Hoi!, Woi!, Hei!, Wei!, dan sebagainya. Bapa ku adalah orang yang paling 'cool' ( penyabar ), susah sangat untuk mendengar dia meninggikan suara.

Abang ku,
Antara perkara yang paling aku kagum tentang abang ku ialah, dia tidak mementingkan diri, kuat bekerja, dia tidak pernah meletak dirinya dahulu sebelum keluarga terutama ibubapa ku. Jika dia inginkan sesuatu, ibubapa ku merasa dahulu. Itulah caranya.

Adik ku,
Antara perkara yang paling aku kagum tentang adik ku ialah, dia pandai mencari duit lebih, pandai bersembang, peneman ibu ku.

Serba sedikit tentang mereka, yang selalu menjadi inspirasi ku sepanjang masa.

Aku kagum.
Kagum dengan mereka.



[ mhmdrshwn ]

12/10/2012

10 MUWASAFAT TARBIYYAH
( IMAM HASSAN AL-BANNA )





1. Kuat tubuh badan ( Qawiyyal Jism )

Daripada Abu Hurairah RA katanya,Rasulullah SAW bersabda, 

“Orang mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan suatu yang berguna (di dunia dan di akhirat), hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni putus harapan atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu  janganlah berkata, “Andainya aku berbuat demikian tentu akan menjadi begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah, “Ini adalah takdir Allah SWT dan Allah sekehendaknya.” Sesungguhnya perkataan “andainya” (lau) hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.” 
( HR. Muslim )


2. Akhlak yang mantap ( Matinul Khuluq )


Imam Hassan al-Banna pernah menyatakan kewajipan seorang da'ie itu untuk bersifat sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.



3. Berpengetahuan luas ( Mutsaqqafal Fikri )


Pesan Imam Hassan al-Banna: "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri, dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi".


Seorang da'ie perlu berpengetahuan luas tentang Islam dan pengetahuan am supaya dapat menceritakan kepada orang lain perihal hal berkenaan di samping perlu sentiasa berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah

Seorang da'ie juga perlu mampu membaca al-Quran dengan baik, bertadabbur, dan sentiasa mempelajari sirah, kisah salafus soleh, dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


4. Mampu berdikari ( Qadiran ala Kasbi )


Seorang da'ie meskipun seorang yang berharta, perlu juga bekerja namun tidak wajarlah untuk seorang da'ie untuk terlalu mengejar harta kebendaan serta pangkat dalam kehidupan duniawi ini.


Ihsan perlulah sentiasa tertanam dalam diri setiap individu muslim yang menggelarkan diri mereka sebagai seorang da'ie, perlu sentiasa benar dalam perlakuan dan perbuatannya.


Seorang da'ie perlu mampu untuk memiliki serta mencari harta sendiri tanpa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain semata-mata.


Seorang da'ie perlulah menguasai sesuatu kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada orang lain dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul kelak.


Dalam soal kewangan, seorang da'ie perlulah sentiasa memelihara diri daripada riba dalam semua aspek kehidupan, serta mampu untuk menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan yang melalaikan serta pembaziran, seorang da'ie perlu mampu memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak jatuh ke tangan bukan islam.



5. Akidah yang sejahtera ( Salimul Aqidah )


Seorang da'ie mestilah redha Allah sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya, serta Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir yang diutuskan Allah kepada manusia sejagat.


Sentiasalah muraqabah ( mengingati dengan cara memikir tentang kekuasaan ) kepada Allah serta sentiasa mengingati akhirat, memperbanyak nawafil ( ibadat sunat ) dan zikir.

Seorang da'ie hendaklah tidak lupa untuk sentiasa menjaga kebersihan hati, sentiasa memperbaharui taubat, istighfar, menjauhi dosa, serta syubhat.


6. Ibadah yang sahih ( Sahihul Ibadah )


Seorang da'ie perlu melakukan ibadat yang dapat meninggikan roh serta jiwanya, perlulah sentiasa memperbetul amalannya dan mengetahui halal haram suatu perkara dan sentiasa bersederhana dan tidak terlalu melampau-lampau dalam setiap urusan dalam kehidupan sehariannya.


7. Mampu melawan hawa nafsu ( Mujahadah ala Nafsi )

Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai azam yang kuat. bersungguh-sungguh untuk melawan kehendak nafsunya sebaliknya mengikut apa yang diperintah Islam di samping mengendahkan kata-kata orang lain dalam mempraktikkan Islam yang sebenar.


Perlu diingat juga, orang yang lagi hebat akan lagi hebat jualah cubaan yang Allah turunkan kepadanya, oleh itu sentiasalah kita menyiapkan diri dalam menghadapi segalan cubaan dan dugaan Allah itu.



8. Menjaga waktu ( Haarithun ala Waqtihi )

Seorang da'ie perlulah sentiasa berdoa agar waktu yang ada ini sentiasalah diberkati Allah seperti mana yang sering didoa oleh para sahabat Rasulullah SAW.



9. Tersusun dalam segala urusan ( Munazzamun fi syu'unihi )

Seorang da'ie perlulah sentiasa mempunyai kemahiran dalam menyusun segala perancangan urusan harian serta jangka panjang, setiap da'ie digalakkan untuk mencatit maratib ( ketertiban ) amal untuk kelancaran segala urusan mereka.



10. Bermamfaat untuk orang lain ( Nafi'un li ghairihi )

Seorang da'ie diumpamakan seolah-olah sebatang lilin yang sedang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain sedangkan dirinya terbakar sendirian, namun usahlah gentar kerana da'ie adalah tunggak penggerak kepada dakwah Islamiyyah, nescaya usahamu akan diberikan ganjaran berganda oleh Allah Taala.


Amal Islam seorang da'ie adalah untuk menyelamatkan orang lain sekaligus diri sendiri daripada kesesatan supaya di akhirat kelak masing-masing dapat menjawab setiap persoalan Allah dengan bekalan iman yang mencukupi di dada masing-masing tanpa perlu menyalahkan antara satu sama lain.


Ingatlah wahai da'ie, kegembiraanmu hanyalah apabila kamu dapat membantu orang lain, yang terindah semestinya jika mampu membawa seseorang itu ke jalan yang diberkati Allah Taala sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada perbuatan-perbuatan mungkar.

Wallahu a'lam.

11/18/2012

Takdir


Apa yang manusia sekarang faham tentang takdir adalah ;


John : Wei Chor, macam mana kau boleh gagal ujian komputer semalam?
Chor : Dah tertulis takdir aku macam tu John. ( Padahal tiada sedikit usaha pun nak baca buku. )


John : Wei Chor, kenapa kau tak pergi kerja tadi?
Chor : Dah tertulis takdir aku macam tu John. ( Padahal tiada sedikit usaha pun untuk set alarm bangun awal. )


John : Wei Chor, macam mana kau boleh menganggur bertahun-tahun ni. Kau tak nak kerja ke?
Chor : Dah tertulis takdir aku macam tu John. ( Padahal tiada sedikit usaha pun untuk mencari kerja. )


John : Wei Chor, kenapa kau balik rumah dalam keadaan mabuk? Kau tak takut dosa ke?
Chor : Dah tertulis takdir aku macam tu John. ( Padahal tiada sedikit usaha pun untuk menjauhi benda haram itu. )


Kita pun tahu semua makhluk hidup akan disoal tentang perbuatannya di dunia kelak.

Jadi apabila disoal, apakah kita mahu menjawab, 'Ya Allah, Engkau lah yang telah mentakdirkan kehidupan aku sebegitu rupa.'?


Renungi, fikiri dan insafi.

11/01/2012

Penyakit Orang Muda :
Kegagalan Mengurus Masa

Ingat 5 perkara,
Sebelum 5 perkara.

Apa?

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah SAW bersabda,
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :


[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


(HR. Al-Hakim di dalam Kitab Al-Mustadrok)


Namun, aktiviti kebanyakan orang muda masa kini jelas terpesong daripada ajaran agama mereka sendiri terutamanya penganut agama Islam sendiri. Aktiviti mereka saat ini tidak pernah diperintah oleh Allah SWT serta tidak pula pernah dianjur oleh Rasulullah SAW. Bayangkanlah jika Nabi SAW kita itu masih ada di muka bumi ini, bagaimanakah perasaan baginda melihat apa perkara yang orang-orang muda kini sukai?

Bayangkanlah sebentar..

Daripada Abu Hurairah R.A, Sabda Rasulullah SAW:
“Sebahagian daripada kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.” 
(HR. Al-Tirmizi)

Antara kesibukan yang paling popular orang muda sekarang adalah MELEPAK, BERHIBUR secara BEBAS, meluangkan masa bersama kekasih yang HARAM (boyfriend/girlfriend). Lihatlah, di merata tempat, di mana jua anda berada pasti anda dapat melihat kesibukan tersebut. Kan? Tidak dapat dinafikan, betapa kritikalnya keadaan orang-orang muda. Sering sahaja memikiri hal DUNIA tanpa menghiraukan hal AKHIRAT yang akan disoal kelak.

Orang muda suka berfikiran,

"Ala, time SIHAT ni la nak enjoy, esok lusa bila dah SAKIT dah tak dapat enjoy."
"Come on la bro, dah TUA nanti aku taubat la, aku MUDA lagi, banyak masa lagi bro."
"Yes gaji dah masuk! Tengah KAYA ni esok baik aku pegi shopping kaw-kaw, nanti dah hujung bulan dah MISKIN tak dapat nak shopping dah.
"Wei, time ada masa LAPANG ni la nak g kelab malam, bulan depan gua SIBUK la banyak kerja."
"Relax la, time HIDUP ni la nak merasa semua benda, dah MATI nanti melepas bro."

Adakah sihat dan sakit, tua dan muda, kaya dan miskin, lapang dan sibuk serta hidup dan mati itu di atas jaminan kita? Virus apakah yang sudah meracuni minda orang muda? Sehingga buta tentang peringatan Allah SWT yang diturunkan oleh Jibril AS kepada Muhammad SAW untuk disampaikan kepada kita melalui Al-Quran.

Firman ALLAH SWT :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya?


"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".


Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya oleh itu gugurlah amal-amal mereka maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak..


(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.


[ Surah Al-Kahfi : Ayat 103 - 106 ]


Orang muda berkata : Habis tu, takkan tak boleh nak melepak? Nak berhibur? Tak boleh nak enjoy sikit pun?

Siapa kata tak boleh? Silakan lah..

Kita nak melepak, berhibur, nak meluangkan masa bersama orang tersayang, semua tu boleh aje.. Asalkan, sesuatu aktiviti yang dilakukan itu mematuhi syara', bebas daripada sebarang unsur atau perkara maksiat, bebas daripada fitnah, serta ia bukanlah sesuatu perkara yang mensia-siakan dan melalaikan. Dari erti kata lain, pastikan di dalamnya diisi dengan perkara bermaanfaat dan berfaedah.

Ketika merancang aktiviti,
1. Ambil kira tempoh masa.
2. Apa sebab nak melakukan?
3. Apa nak diisi di dalamnya.
[ Contoh : Sembang. Sembang kosong/bermanfaat.]
4. Aktiviti bersama lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan atau bercampur?
[ Jika bercampur, jaga batas Ikhtilat]
5. Baik atau tidak baik?

Sebagai contoh, kalau nak melepak. Jangan lah kita lepak kosong sahaja. Bual perkara yang bukan-bukan. Kan bagus kalau melepak sambil buat assignment dengan kawan-kawan ke, melepak sambil membincangkan soal pekerjaan ke, melepak sambil berkongsi ilmu ke. Nak berhibur pun macam tu, pilihlah hiburan yang sesuai. Nak meluangkan masa dengan tersayang, pergi lah bersama keluarga. Tak ke lebih elok. Kan?

Setiap aspek perlu diambil kira. Jangan kita rasa remeh dengan soal agama. Fikir dahulu sebelum melakukan. Memang benar, masa muda ini lah kita perlu all out kerana punyai tenaga dan daya kekuatan. Tetapi jangan lah kita all out kepada perkara yang merugikan, yang tiada memberi apa-apa kepada kita, yang melalaikan dan seterusnya menyebabkan dosa-dosa kita semakin bertambah dan bercambah. Sesungguhnya dosa itu meresahkan hati seseorang pabila dia rasakan hampir tiba hari kematiannya. Persoalannya, apakah kita mengetahui bila hari itu?

Firman ALLAH SWT :

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi PengetahuanNya.


[ Surah Luqman : Ayat 34 ]


Perlu kita renungi, fikiri dan insafi aktiviti seharian kita yang lalu. Apa yang sudah kita lakukan setiap pagi, petang dan malam? Kalau dulu, suka solat di rumah bersendirian. Hari ini berusaha lah untuk solat berjemaah di masjid. Kalau dulu, baca Al-Quran seminggu sekali. Hari ini, bacalah 3 kali seminggu. Kalau dulu, pergi kuliah di masjid setahun 2 kali. Hari ini berusaha lah pergi setiap bulan. Dan begitulah seterusnya, semakin hari semakin ada penambahbaikan. In sya Allah..


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


(1) Demi masa.
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.
(3) Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh, dan mereka saling menasihati supaya mentaati kebenaran serta saling menasihati supaya menetapi kesabaran.

[Al-'Asr]






[MHMDRSHWN]

10/28/2012

10/17/2012

AVOID IKHTILAT!

GIRL : Hari tu awak ada minta nombor fon saya. Tapi..

BOY : Tapi apa?

GIRL : Tapi kenapa setiap kali saya SMS, awak tak balas?

BOY : Saya tak suka menaip.

GIRL : Kalau macam tu, kenapa setiap kali saya CALL, awak tak jawab?

BOY : Saya tak pandai berkata - kata.

GIRL : Habis tu kenapa awak minta nombor fon saya?

BOY : Sebab mana lah tau jika ada hal yang MUSTAHAK sangat, TERPAKSA pula berurusan dengan awak. Suatu perkara yang terlalu PENTING tapi tiada kawan - kawan ( LELAKI ) yang lain boleh membantu saya selain awak ( TIADA PILIHAN). Mungkin juga jika ada sebarang kecemasan melibatkan perempuan, boleh saya minta tolong awak.

GIRL : Emm, okay lah macam tu.

LET'S AVOID IKHTILAT!

10/15/2012

Nilai dan Pengajaran
( Alkisah Rerakan )

  • ‘Man jadda wa jada’ ( Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti mendapat ). 
"Goaaaaaaaaaaaaaaaaallllll!", Azlan menjerit sekuat hati seolah-olah melepaskan geram. )

  • Usaha sahaja tidak cukup. Perlu ada kesungguhan dan keazaman tanpa rasa untuk berputus asa.
( Setelah hampir 90 minit berhempas-pulas, diperolehi jua hasilnya. Itulah kelebihan pasukan KDR, dijadikan pasukan pilihan di dalam perlawanan ini kerana mereka tidak mudah berputus asa dan menyerah kalah. Mereka telah pun memenangi 3 perlawanan berturut-turut sebelum ini. )

Firman Allah SWT :
“Tidak ada yang putus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.”
( Surah Al-Hijr : Ayat 56 )

Rasulullah SAW bersabda;
“Bersungguh-sungguhlah terhadap apa yang memanfaatkan kamu. Mohonlah bantuan Allah dan janganlah merasa lemah.” 
( HR. Muslim )

  • Setiap hasil usaha perlu diberi pujian kepada Allah SWT kerana Dia lah penentu segalanya.
( "Goaaaaaaaaaaaaaaaaallllll!", Azlan menjerit sekuat hati seolah-olah melepaskan geram. Dia bersujud, melahirkan rasa syukurnya kepada Allah SWT. )

Firman Allah SWT :
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)."
( Surah An - Nisa' : Ayat 79)

dan 

"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". 
( Surah Ibrahim : Ayat 7)

  • Sabar menghadapi segala urusan.
( Namun, dia tetap menunggu sahaja Azlan di atas motosikal, mengelamun seketika berseorangan. )

Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”
( HR. Bukhari )

  • Janganlah kita bersikap malas untuk beribadat kerana itu sikap munafik.
( "Malas pulak rasanya nak pergi surau.", Azlan berat tulang. Entah apa yang merubah fikirannya. )

Firman Allah SWT :
"Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas, dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci."
( Surah At - Taubah : Ayat 54 )

  • Mengambil berat sesama manusia.
( Selesai sahaja solat, Eqram terus bergerak ke belakang sedikit dari kedudukan tempat sembahyangnya dalam keadaan masih duduk. Kepalanya sekali lagi menoleh ke kanan dan ke kiri, matanya pula merayap mencari batang hidung Azlan. )

Maksudnya: “Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya” 
( HR. Muslim )

  • Menghormati orang yang lebih tua.
( Eqram menghulur tangan untuk berjabat, "Selamat berkenalan." Pak Idh menyambut salam perkenalan dari Eqram dengan senyuman. )

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda 
“Tiada seorang pemuda yang menghormati dan memuliakan seseorang yang tua usianya melainkan Allah akan menentukan baginya orang lain yang akan menghormati kelak apabila dia pula mencapai usia tua." 
(HR At-Tirmizi ).

  • Berkelakuan baik terhadap kedua ibubapa.
( "Ada tu dia di rumah. Dah berkali - kali Pak Idh ajak ke surau. Adakala dia datang. Itupun masa hari minggu. Tapi lebihnya kepada tak datang. Macam - macam alasan dia bagi. Haa.. Itu lah kebanyakan anak muda zaman sekarang. Bercakap cukup hebat, bila diajak ke surau cukup liat.", tegas Pak Idh tentang anaknya Azlan. )

Allah SWT berfirman : 
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil.” 
( Surah Al-Isra' : Ayat 23 - 24 )

  • Orang lelaki diseru untuk beribadat di masjid.
( "Ada tu dia di rumah. Dah berkali - kali Pak Idh ajak ke surau. Adakala dia datang. Itupun masa hari minggu. Tapi lebihnya kepada tak datang. Macam - macam alasan dia bagi. Haa.. Itu lah kebanyakan anak muda zaman sekarang. Bercakap cukup hebat, bila diajak ke surau cukup liat.", tegas Pak Idh tentang anaknya Azlan. )

Rasulullah SAW bersabda :
 "Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian." 
( HR. Abu Dawud )

Daripada Muaz bin Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq bagi mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah, tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah." 
( HR. Ahmad dan At - Tabarani. )

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." 
( HR. Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi. )

  • Jangan mensia - siakan masa.
( "Yang dia tahu, terpacak terpaku depan TV dari maghrib sampai ke lewat malam. Kadangkala keluar entah kemana. Elok Pak Idh kenalkan dia pada kamu.", Pak Idh menambah lagi. )

Rasulullah SAW bersabda : 
" Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." 
( HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi. )